21 nov 2009 genaplah 28 tahun aku hidup di dunia ini...bersyukur kerana bakal menerima cahaya mata ke2 dan memiliki sebuah keluarga yang sempurna, cukup pakai dan makan..ada kenderaan wpun sederhana..ada kerja dan ada yang menyayangi.. bermacam dugaan dalam hidup yang tak pernah terbayangkan.. pernah aku rasakan tak tertanggung olehku dugaan itu namun aku gagah dan bangun semula.. demi keluarga dan anak.. Ya Allah Engkau jauhkanlah dugaan sebegitu dariku, jauhkanlah aku dari org2 yang cuba mengkhianati diriku mahupun keluargaku.. aku pun tak pernah sangka yang aku sekuat aku untuk menghadapinya.. tapi Allah berikan kekuatan itu..Syukur..

Kini aku lebih matang mengharungi liku2 hidup ini..setelah bergelar seorang isteri dan ibu segalanya mematangkan namun masih ada sifat2 yang perlu diubah terutamanya sensitif dan manja..sikit2 nangis..tgk tv pun nangis..dengar citer sedih pun nangis..tgk kucing mati pun nangis huk2..
Sekarang cuma bersedia untuk melahirkan dalam masa terdekat.. lagi 4 bulan.. mcmana nak tumpukan perhatian untuk 2 org anak..hm pasti kelam kabut kan.. Apepun aku bersyukur..dan berterima kasih pada ibuku kerana melahirkan aku ke dunia ini..

Rasanya takde guys yang baca blog aku nih..saje nak tempek gambar ni, dah tua pulak rasanya tgk gambar ni..
p/s: thanks to my sister mommylily yang sentiasa support adiknye yang cute ini (ahaks) dalam susah dan senang, lap u!